e-Lembaga Peperiksaan: Permohonan Sijil Peperiksaan Online

Sekiranya anda kehilangan sijil peperiksaan anda, jangan risau kerana anda boleh mendapatkan semula sijil tersebut melalui e-Lembaga Peperiksaan.

e-Lembaga Peperiksaan merupakan sistem secara atas talian yang diwujudkan bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan tuntutan terhadap sijil peperiksaan mereka yang hilang.

Menerusi permohonan tuntutan sijil peperiksaan ini, orang ramai akan memperoleh semula sijil peperiksaan mereka melalui pos yang dihantar terus ke rumah mereka.

Tuntutan Sijil Peperiksaan

Untuk makluman, terdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dituntut oleh orang ramai iaitu:

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  • Malaysia Certificate of Education (MCE)
  • Lower Certificate of Education (LCE)

Bayaran Tuntutan Sijil Peperiksaan

Bayaran tuntutan sijil peperiksaan yang dipohon adalah sebanyak RM30 tidak termasuk kos penghantaran.

Kos penghantaran yang dikenakan kepada pemohon adalah sebanyak RM10.

Tempoh Pengeluaran Sijil Peperiksaan

Tempoh pengeluaran sijil peperiksaan yang dipohon menerusi sistem e-Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994- 1 jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993- 7 hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998- 1 jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997- 7 hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan- 7 hari bekerja

Cara Membuat Permohonan e-Lembaga Peperiksaan

Untuk membuat permohonan tuntutan sijil peperiksaan melalui e-Lembaga Peperiksaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun.’

2. Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun. Setelah selesai mengisi maklumat, klik butang ‘Daftar.’

3. Buat pengesahan email dan log masuk. Kemudian, klik bahagian ‘Salinan Keputusan.’

4. Klik butang ‘+’ di atas kanan paparan.

5. Pilih jenis peperiksaan yang diinginkan dan klik butang ‘Cari.’

6. Pilih tahun peperiksaan.

7. Semak semua butiran dan buat pengesahan serta pengakuan. Klik butang ‘Mohon’ untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: