Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 yang akan dilaksanakan kepada murid yang telah mendaftar.
SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.
Untuk tahun 2023, peperiksaan ini akan dilaksanakan pada bulan September 2023 dengan mata 3 mata pelajaran yang terdiri daripada 8 kertas peperiksaan.
Tarikh SPMU 2023
Murid akan menduduki peperiksaan SPMU untuk tahun 2023 akan dilaksanakan pada 4, 5, dan September 2023.
Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
Mata pelajaran yang ditawarkan untuk peperiksaan ini adalah:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Matematik
Jadual Waktu Peperiksaan
Jadual waktu peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak LP adalah seperti berikut:
Peringatan Kepada Calon
KPM juga telah memberikan peringatan kepada calon yang akan mengambil peperiksaan ini:
- Rujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
- Bawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
Perkara Yang Dilarang
Calon juga dilarang untuk membuat perkara-perkara berikut semasa peperiksaan berlangsung:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calonlain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasapeperiksaan.
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.