eKasih: Cara Daftar & Semakan Status Pendaftaran

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan  oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Data eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Untuk makluman, sistem ini dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.

Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan secara sepenuhnya.

PGK Yang Digunakan

Untuk menentukan keluarga miskin dan miskin tegar yang layak menerima bantuan, kerajaan merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap 2 tahun sekali.

PGK terkini yang digunakan adalah seperti berikut:

Komponen Data

Komponen data sistem ini yang direkodkan adalah terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

  • Butiran KIR dan AIR
  • Maklumat Lokasi
  • Kediaman
  • Pendidikan
  • Kemahiran dan Pekerjaan
  • Pemilikan Harta
  • Kesihatan
  • Pendapatan
  • Bantuan

Proses Pendaftaran

Mereka yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran.

Proses pendaftaran untuk dimasukkan ke dalam sistem ini adalah seperti berikut:

Semakan Status

Mereka yang telah didaftarkan boleh membuat semakan status pendaftaran seperti berikut:

  1. Layari pautan semakan iaitu https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Klik Untuk Carian.’
  4. Status pendaftaran dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai sistem eKasih, sila layari laman web https://ekasih.icu.gov.my/ atau menghubungi pihak PPN mengikut negeri iaitu:

  • PPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260/61
  • PPN Selangor: 03-55213600
  • PPN N. Sembilan: 06-7659945
  • PPN Melaka: 06-3333333
  • PPN Johor: 07-2234777
  • PPN Terengganu: 09-6272000
  • PPN Kelantan: 09-7455000
  • PPN Pahang: 09-5178208
  • PPN Perlis: 04-9731976
  • PPN Kedah: 04-7209236
  • PPN Pulau Pinang: 04-2185700
  • PPN Perak: 05-2497400
  • PPN Sabah: 088-484800
  • PPN Sarawak: 082-446582
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: