Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara MAIJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka permohonan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara menerusi Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara.

Untuk pengetahuan, Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara diperkenalkan untuk meringankan beban pelajar daripada Negeri Johor menerusi sumbangan tambang penerbangan untuk ke luar negara.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi Google Docs.

Pelajar boleh membuat permohonan segera dan tarikh tutup permohonan sehingga 31 Disember 2023.

Syarat Kelayakan Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara

Syarat kelayakan untuk memohon sumbangan tambang ini adalah seperti berikut:

  1. Islam.
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  3. Lahir dan menetap di Johor.
  4. Telah menerima surat tawaran pengajian daripada universiti.
  5. Tempahan tiket telah dilaksanakan.
  6. Kursus pengajian yang patuh syariah.
  7. Untuk tujuan pendaftaran kali pertama serta tamat pengajian sahaja.
  8. Mod pengajian sepenuh masa dan tempoh pengajian sekurang-kurangnya stahun pengajian.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:

  1. Layari laman web permohonan https://forms.gle/F33Ac8RQVZYoEGBk8.
  2. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk melengkapkan permohonan.

Soalan Lazim

Jika saya lahir di luar Johor, adakah saya layak untuk membuat permohonan sumbangan tambang ini?

Tidak. Hanya mereka yang lahir dan menetap di Johor sahaja yang layak untuk membuat permohonan.

Adakah saya perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan?

Ya. Syarat kelayakan bagi sumbangan tambang penerbangan ini adalah pelajar telah membuat tempahan tiket penerbangan.

Jika saya pelajar sepenuh masa, adakah saya boleh membuat permohonan?

Ya. Hanya pelajar bagi pengajian sepenuh masa sahaja yang layak memohon.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara, sila hubungi:

  • 013-752 0245 (Ustazah Afiqah)
  • 011-1190 9871 (Ustaz Nabil)
  • 013-796 3632 (Ustaz Zikry)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: