ILKBS: Senarai Lokasi & Program Yang Ditawarkan
Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan institusi berasaskan TVET di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
IKBS memberikan peluang kepada individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran terutamanya dalam sektor perindustrian.
Menerusi institusi ini, mereka boleh menyambung pengajian sama ada peringkat Sijil atau Diploma.
Di bawah institusi pendidikan ini, terdapat 3 institusi pengajian iaitu:
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Lokasi ILKBS Di Seluruh Negara
Di seluruh negara, terdapat 22 institusi ini yang merangkumi IKTN/IKBN/AKBG iaitu:
- IKBN Peretak
- IKBN Pekan
- IKBN Kuala Langat
- IKBN Tanah Merah
- IKBN Wakaf Tapai
- IKBN Kemasik
- IKBN Cehembong
- IKBN Jitra
- IKBN Naka
- IKBN Kuala Perlis
- IKBN Seri Iskandar
- IKBN Bandar Penawar
- IKBN Kinarut
- IKBN Miri
- IKTBN Sepang
- IKTBN Dusun Tua
- IKTBN Temerloh
- IKTBN Bachok
- IKTBN Alor Gajah
- IKTBN Pagoh
- IKTBN Bukit Mertajam
- Akademi Kemahiran Belia Gold (AKBG) – Kuala Lumpur
Senarai Program Yang Ditawarkan
Institusi ini menawarkan peringkat pengajian seperti berikut:
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Senarai program yang ditawarkan boleh dirujuk melalui file di bawah:
Tatacara Permohonan
Permohonan untuk kemasukan ke institusi ini boleh dibuat menerusi pautan https://ekampus.kbs.gov.my/.
Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui file di bawah:
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke institusi ini, sila hubungi talian 03 8871 3685/03 8871 3646/03-8871 3683.