Permohonan Program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan program baharu di Politeknik kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf iaitu Program Asasi TVET Ambilan Sesi 1 2023/2024.

Program Asasi TVET ini diwujudkan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. 

Program ini seabagai persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET.

Sebagai permulaan, 5 buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan  pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023.

Kelebihan Program Asasi TVET

Kelebihan utama bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke program ini ialah lepasan program ini akan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana 4 universiti iaitu:

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Pemetaan laluan pengajian boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini adalah setahun atau 2 semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.

Pembangunan Kurikulum

Pembangunan kurikulum program ini diwujudkan dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal.

Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa. 

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat lima kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    – Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Matematik
    – Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    – 1 matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Cara Memohon Program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.
  2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun’ untuk mengisi semua maklumat pemohon.
  3. Klik butang ‘Daftar’ untuk memastikan proses pendaftaran selesai.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan.
  6. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  7. Cetak Slip permohonan sebagai bukti.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Asasi TVET, sila layari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: