Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM KISAS 2023
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat ingin menyambung pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), permohonan kemasukan secara atas talian telah dibuka.
Untuk makluman, KISAS merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ditubuhkan pada tahun 1955 dengan nama awal iaitu Kolej Islam Malaya dan tergolong di antara 10 sekolah terbaik di Malaysia.
Kemasukan ke sekolah ini adalah bermula pada Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 6 dengan menawarkan tiga aliran peperiksaan iaitu SPM, STPM, dan STAM.
Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke KISAS bagi STAM boleh membuat permohonan mulai 16 Januari sehingga 24 Februari 2023.
Mengenai STAM
STAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.
Malah, peperiksaan ini turut dijalankan di peringkat antarabangsa apabila Kemboja turut melaksanakan peperiksaan ini pada tahun 2016.
Menurut sejarah, STAM diwujudkan hasil termeterainya Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.
Peperiksaan ini juga merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
Bidang & Subjek
3 bidang yang akan dipelajari pelajar yang mengambil peperiksaan ini iaitu:
- Bahasa Arab
- Syariah
- Usuluddin
Menerusi 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:
- Hifz Alquran dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ’Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Pangkat Peperiksaan
Keputusan peperiksaan pelajar akan ditentukan menerusi 4 pangkat yang ditetapkan iaitu:
- Mumtaz (cemerlang)
- Jayyid Jiddan (sangat baik)
- Jayyid (baik)
- Maqbul (lulus)
Syarat Umum
Syarat am permohonan Tingkatan 6 di KISAS untuk STAM yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan.
- Calon SPM tahun 2022.
- Sihat tubuh badan.
- Membuat permohonan secara dalam talian sahaja.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus:
- Pencapaian Akademik:
– Mencapai keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA atau SMTQ atau SMU; atau
– Mencapai keputusan yang balk dalam mata pelajaran elektif Agama; atau
– Mencapai keputusan yang balk dalam mata pelajaran Kurikulum Dini. - Mencapai keputusan yang balk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
- Lulus dalam temuduga khas.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan http://moe.bpsbp.edu.my/MohonSTAM2023.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’
Tarikh Penting
Untuk yang telah memohon, sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting berikut:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 KISAS untuk STAM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/permohonan-ke-tingkatan-6-stam-kisas.