MyBrain 2.0: Jumlah Elaun & Syarat Kelayakan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan semula program biasiswa MyBrain15 tahun depan dengan dijenamakan semula sebagai MyBrain 2.0.

Untuk pengetahuan semua, Program MyBrain15 merupakan antara program biasiswa yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.

Namun, setelah mengambil kira potensi dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan dan melaksanakan semula program biasiswa ini bermula pada tahun 2024.

Mengenai MyBrain 2.0

MyBrain 2.0 merupakan biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Untuk setiap ambilan, sebanyak RM20 juta diperuntukkan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat.

Objektif pelaksanaan kembali program biasiswa ini adalah untuk:

  • Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
  • Meningkatkan visibiliti dan penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia.

Jumlah Elaun

Jumlah elaun yang sara hidup yang ditawarkan menerusi program biasiswa ini adalah RM1,000 sebulan sepanjang pengajian.

Penambahbaikan & Pengukuhan Yang Diperkenalkan

Antara penambahbaikan dan pengukuhan program biasiswa ini yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

  • Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya.
  • Pelajar boleh memilih tempat pendidikan di UA dan IPTS yang terpilih.
  • Melalui tapisan kelayakan akademik yang ketat.
  • Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang melayakkan pemohon untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Orang awam yang tidak bekerja; atau
  2. Tidak mempunyai pendapatan tetap; dan
  3. Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kaedah Permohonan

Pihak KPT akan memperincikan kaedah permohonan kepada mereka yang berminat pada Januari 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program biasiswa ini, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: