Permohonan HLP Separa Biasiswa (SB) PPPT KPT 2023

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT).

HLP Separa Biasiswa ditawarkan kepada PPPT di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan akan dibuka mulai 21 Ogos 2023 jam 5.00 petang hingga 10 September 2023 jam 5.00 petang.

Syarat Umum HLP Separuh Biasiswa

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon HLP ini adalah pegawai-pegawai mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Selain itu, mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau
kelayakan yang setaraf dengannya.

Syarat Khusus

Pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:

  1. Pada 31 Disember 2023, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan.
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan.
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun skim perkhidmatan terkini secara berturutturut (2020, 2021 & 2022). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5).
  6. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  7. Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2023 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional; atau
  8. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2021 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional dengan syarat masih mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 3 semester pada September 2023.
  9. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan.
  10. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain.
  11. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
  12. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  13. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
  14. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik ke dalam sistem permohonan. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.

Pautan Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.

Permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Permohonan yang diterima selepas jam 5.00 petang, 10 Sptember 2023 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai HLP Separa Biasiswa PPPT KPT, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: