Permohonan Program Laluan Pantas SPM Huffaz Selangor 2023

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) telah membuka permohonan bagi murid di institut tahfiz yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor bagi sesi 2022.

Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor ini adalah program kelas tuisyen memberi ruang murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Pelaksanaan program ini merupakan saranan daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari supaya mewujudkan kelas tuisyen sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah negeri Selangor khusus kepada murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta.

Program ini ditawarkan kepada semua Institusi Tahfiz negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS atau PITAS dan bagi murid yang ingin menyertai program PITAS ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 28 Januari 2023.

Pelaksanaan Program

Program Laluan Pantas SPM Huffaz ini akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad jam iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Murid yang terlibat akan mendapat pengajian percuma, buku rujukan, buku latihan, seminar teknik menjawab peperiksaan, seminar pecutan akhir dan slot motivasi manakala buku teks akan diberikan secara pinjaman.

Mata Pelajaran

Mata pelajaran yang wajib diambil adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Bahasa Arab
  • Tasawwur Islam

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon sedang atau pernah menuntut di Institusi Tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS dan PITAS.
  3. Pemohon telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzu’ Al Quran.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://pitas.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor 2023.’
  3. Klik butang ‘Daftar Di Sini’ dan klik daerah yang diingini.
  4. Pilih sekolah dan klik butang ‘Mohon.’
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semakan.’
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Lengkapkan borang permohonan sehingga selesai

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  3. Surat akuan belajar dari Institusi Tahfiz Negeri Selangor.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi pihak yang berkaitan berikut:

NamaJawatanNo Telefon
Mohd Zaharudin Bin HussainExco PITAS Daerah Sepang0193310031
Mohd Sufi Bin AbasExco PITAS Daerah Klang0193021988
Raja Sarinah Binti Raja AliasExco PITAS Daerah Shah Alam0122023024
Khairul Anuar Bin Abdul RazakExco PITAS Daerah Sabak Bernam0195649262
Adang Malik Bin MahmudExco PITAS Daerah Kuala Langat0129447745
Ahmad Fauzi Bin Mat EllahExco PITAS Daerah Kuala Selangor0196110857
Mahayuddin Bin OthmanExco PITAS Daerah Gombak0172401961
Mohd Amir Hadi Bin Mohd WahiExco PITAS Daerah Petaling01115726322
Abd Wahid Bin Zainol AbidinExco PITAS Daerah Hulu Langat0193212610
Syahzam Ezran Bin Haji ManjaExco PITAS Daerah Hulu Selangor0132839173
Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat
Bahagian Pendidikan JAIS
0355143400 samb
2035
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: