Ujian UKKM: Format & Contoh Soalan

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang perlu diambil oleh mereka yang memohon kemasukan ke MRSM sama ada untuk ke Tingkatan 1 atau 4.

Ujian ini adalah penting untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian di MRSM lebih-lebih lagi selepas pemansuhan UPSR dan PT3.

Ujian ini merangkumi ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Keperibadian dan semua pemohon perlu menjawab secara atas talian.

Format UKKM

Format soalan ujian ini adalah seperti berikut mengikut subjek:

  • Soalan Matematik
    – Masa diperuntukan: 30 minit
    – Jumlah soalan: 20 soalan berbentuk objektif
  • Soalan Bahasa Inggeris
    – Masa diperuntukkan: 30 minit
    – Jumlah soalan: 15 soalan berbentuk objektif
  • Soalan Sains
    – Masa diperuntukkan: 30 minit
    – Jumlah soalan: 30 soalan berbentuk objektif
  • Soalan UKKM Ujian Keperibadian
    – Masa diperuntukkan: 30 minit
    – Jumlah soalan: 100 soalan objektif
  • Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
    – Masa diperuntukkan: 35 minit
    – Soalan berbentuk ujian hafazan dan tulisan jawi.

Contoh Soalan

Berikut adalah contoh-contoh soalan bagi ujian ini.

i) Soalan Matematik

Contoh soalan: Sekumpulan penternak membela sejumlah 200 ekor lembu. Terdapat 500 kaki binatang di ladang ternakan mereka. Berapa ekor kambing yang terdapat di ladang ternakan tersebut?

ii) Soalan Sains

Soalan Sains adalah soalan yang berkaitan Pengetahuan Am dan murid perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu.

iii) Soalan Keperibadian

Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap dan murid perlu memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan.

iv) Soalan Ulul Albab

Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal contohnya ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12.

Ibu bapa atau murid boleh membeli modul soalan UKKM untuk persediaan ujian yang bakal berlangsung di SINI.

Semakan UKKM 2023

Untuk tahun 2023, semakan boleh dibuat dengan mengikuti cara-cara berikut:

  1. Layari laman web http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (untuk Tingkatan 1) atau https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (untuk Tingkatan 4)
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  3. Semua maklumat sama ada status pendaftaran, butiran ujian dan permohonan akan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai ujian ini, sila hantar emel ke pengambilanmrsm@ mara.gov.my atau menghubungi 03-2613 2000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: