Agihan Zakat Melanjutkan Pelajaran Ke Indonesia 2024

Bagi individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan Agihan Zakat Melanjutkan Pelajaran ke Indonesia bagi tahun 2024.

Berikut diterangkan mengenai agihan zakat ini dan cara membuat permohonan.

Mengenai Agihan Zakat Melanjutkan Pelajaran Ke Indonesia

Agihan Zakat ini merupakan agihan zakat yang dikhususkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara tersebut.

Agihan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2023/2024.

Skim ini juga menggunakan peruntukan daripada asnaf fisabilillah yang diuruskan oleh Divisyen Pendidikan Zakat Kedah mengikut hukum syarak.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 29 Februari 2023.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon agihan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah layak untuk memohon.
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama sahaja.
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my.
  2. Klik Menu ‘Aplikasi Atas Talian’
  3. Klik ‘Skim Agihan Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara’ dan klik ‘Indonesia.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan IC Pemohon (Pelajar)
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/Penjaga/ Sijil Kematian
  3. Surat Pengakuan Belajar (Tasdiq)
  4. Keputusan Peperiksaan/Imtihan Qabul (pelajar baru)
  5. Salinan Akaun Bank
  6. Borang Pengesahan Pelajar Luar Negara

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Melanjutkan Pelajaran ke Indonesia, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: