Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran Zakat Perak

Anak-anak Negeri Perak yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS sepenuh masa, anda kini boleh memohon Skim Bantuan Am Pelajaran daripada Zakat Perak.

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Bantuan ini adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian pemohon.

Oleh itu, pemohon yang ingin membuat permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebaik menerima tawaran daripada IPTA/IPTS.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi skim bantuan ini adakah mengikut peringkat pengajian iaitu:

  • Sijil/Matrikulasi/STPM/STAM/SPMV(KV): RM500.00
  • Diploma/DPMV(KV): RM600.00
  • Ijazah: RM700.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran yang ditetapkan oleh Zakat Perak adalah seperti berikut:

  1. Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA/IPTS.
  2. Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  3. Pemohon mestilah bermastatutin dalam Negeri Perak.
  4. Permohonan ini tertakluk kepada pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Cara Memohon

Untuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/?fbclid=IwAR3ybyhTgwY4nYb4HMB7IrnU7v2PkokC5RUO9z0UgxJCHCGH4pKpt8ehLHA.
  2. Masukkan no. kad pengenalan (pelajar) untuk semakan data.
  3. Jika data semakan disahkan tidak ada pertindihan permohonan, pemohon boleh meneruskan dengan mendaftar maklumat asas untuk menggunakan sistem permohonan ini.
  4. Notifikasi peringatan bagi kesahihan data akan dipaparkan untuk rujukan dan klik butang ‘OK’ untuk meneruskan permohonan.
  5. Log masuk dengan memasukkan ID iaitu no. kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Isikan maklumat diruangan yang disediakan dan klik butang ‘Kemaskini.’
  7. Muat naik 6 dokumen wajib.
  8. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat tawaran.
  2. Slip pembayaran yuran pendaftaran.
  3. Kad pengenalan pemohon.
  4. Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  5. Slip penyata gaji/pencen bapa/penjaga atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya tiada pendapatan tetap).
  6. Slip penyata gaji/pencen ibu/penjaga atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya tiada pendapatan tetap).

Pertanyaan Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Am Pelajaran, sila hubungi di talian 05-2084000. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: