Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) MAIJ 2023

Anak-anak Negeri Johor yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) membuka tawaran untuk memohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) 2023.

Untuk makluman, MAIJ adalah institusi majlis agama Islam di Negeri Johor yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf di negeri tersebut.

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dengan segera secara atas talian.

Pengenalan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ

Salah satu skim zakat yang ditawarkan adalah Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Sijill (kecuali STAM dan STPM)
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan Zakat IPT MAIJ

Kadar bantuan yang akan diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:

  • Peringkat Sijil: RM500.00
  • Peringkat Diploma (semester pertama): RM1,000.00
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,500.00

Syarat Am

Syarat am bagi pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor serta menetap di dalam Negeri Johor.
  2. Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  3. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas.
  4. Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang boleh rujuk adalah melalui perincian di bawah:

  1. Layari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik menu “Daftar Pengguna.”
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik “Semak No. Kad Pengenalan.”
  4. Sekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu “Klik Di Sini” untuk mengemaskini kata laluan.
  5. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  6. Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik “Setuju’ dan “Simpan.”
  7. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  8. Klik pada menu “Bantuan IPT Dalam Negeri.”
  9. Lengkapkan butiran-butiran seperti:
    – Maklumat pemohon.
    – Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    – Maklumat pengajian.
  10. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Klik “Hantar” dan “Cetak Slip” sebagai rujukan permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. Salinan surat tawaran IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  7. Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  8. Dokumen yuran pendaftaran.
  9. Gambar berukuran passport.

Info Lanjut Zakat IPT MAIJ

Info lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara), sila layari https://www.maij.gov.my/?portfolio=pendaftaran-iptdalam-negara.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: