Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Labuan 2024

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kepada ibu bapa yang ingin memohon Bantuan Am Persekolahan MAIWP 2024 bagi Labuan.

Berikut merupakan maklumat mengenai bantuan am ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Bantuan Am Persekolahan Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi persekolahan akan datang.

Untuk permohonan bantuan ini, permohonan dibuka kepada murid yang berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan.

Pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan sehingga 29 Mac 2024.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.
  4. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
  5. Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  6. Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan melalui Guru Biasiswa MAIWP di sekolah anak masing-masing.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Satu salinan kad pengenalan pelajar.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini
    suami dan isteri/surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
  4. Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi
    pemohon berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).
  5. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan
    masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkenaan).
  6. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan).
  7. Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkenaan).
  8. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tanggungan (jika berkenaan).
  9. Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital
    kerajaan sahaja (jika berkenaan).
  10. Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi pemohon/tanggungan yang sedang belajar di IPT (jika berkenaan).
  11. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti.
  12. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun
    bersama bagi pelajar sekolah rendah/buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2024, sila hubungi Unit Agihan Zakat (Labuan) di talian 019-385 2878 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: