Iltizam Anak Selangor: Tabungan SSPN Prime RM100 Selama 5 Tahun

Di dalam Belanjawan Selangor 2022 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada 26 November 2021 yang lalu, salah satu bantuan terbaharu yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi belanjawan ini ialah Iltizam Anak Selangor.

Iltizam Anak Selangor ialah bantuan yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang disalurkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Ini bermakna, selama 5 tahun mereka akan menerima tabungan sebanyak RM500 di dalan akaun SSPN mereka.

Pelaksanaan inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pembukaan akaun SSPN Prime bagi anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor.

Mengenai SSPN Prime

Untuk pengetahuan, SPPN Prime yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i merupakan produk simpanan yang diperkenalkan sejak 2004.

SSPN Prime adalah produk simpanan jangka masa panjang bagi memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.

Antara keistimewaan bagi mereka yang membuka akaun SSPN Prime ini adalah seperti berikut:

  • Simpanan adalah patuh syariah.
  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
  • Pelindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.
  • Layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
  • Geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak.
  • Dividen yang akan diterima adalah kompetitif.

Pelaksanaan Inisiatif

Pelaksanaan Iltizam Anak Selangor ini akan bermula pada tahun 2022 dan terbuka kepada anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Setakat ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengumumkan cara untuk memohon inisiatif ini.

Perincian penuh mengenai permohonan inisiatif ini dijangka akan diumumkan pada tahun 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SSPN Prime, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ atau boleh menghubungi PTPTN Careline di talian 03-2193 3000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: