Permohonan Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi Zakat UKM 2022

Pihak Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa kepada Warga UKM yang mempunyai anak-anak yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022.

Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi dikhaskan bagi bagi anak-anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Asasi/Matrikulasi/Sijil.

Bantuan persediaan ini adalah bantuan yang diberikan sekali sahaja sepanjang pengajian secara one-off kepada mereka yang berkelayakan.

Mereka yang berminat, permohonan bantuan persediaan ini boleh dibuat secara atas talian sehingga 31 Oktober 2022.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan persediaan ini adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000.00
  • Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM700.00
  • Sijil: RM500.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warga Kakitangan UKM.
  2. Beragama Islam.
  3. Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.
  4. Anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Asasi/Matrikulasi/Sijil.
  5. Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://zakat.ukm.my/.
  2. Masukkan ID Warga UKM dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Permohonan.’
  4. Lengkapkan maklumat permohonan.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  2. Kad Pengenalan/Sijil Lahir Tanggungan
  3. Sijil Kematian (jika berkenaan)
  4. Sijil Cerai (jika Berkenaan)
  5. Surat Pengambilan Anak Angkat (jika Berkenaan)
  6. Surat Tawaran Kemasukan ke IPT

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi , sila hubungi 03-8921 4225 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: