Belanjawan 2024: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 15%

Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) telah memberikan pelbagai insentif kepada masyarakat Malaysia termasuk diskaun peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 15%.

Menerusi pembentangan tersebut juga, Menteri Kewangan menyatakan peminjam PTPTN berpeluang menikmati tiga kategori diskaun yang akan bermula pada 14 Oktober 2023.

Inisiatif ini diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada peminjam PTPTN serta bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan pembayaran balik pinjaman tersebut.

Kategori Diskaun Bayaran Balik

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan dalam bentuk 3 kategori iaitu:

  1. Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  2. Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  3. Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Kaedah Bayaran Balik

Terdapat 2 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dilakukan iaitu:

  • Potongan gaji
  • Debit terus

i) Potongan gaji

Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/#.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang berlogo kanta.
  3. Apabila maklumat dipaparkan, klik butang ‘Mohon.’
  4. Lengkapkan permohonan potongan gaji tersebut sehingga akhir.

ii) Debit Terus

Untuk peminjam yang ingin membuat bayaran melalui kaedah debit terus, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut menerusi pautan:
    – Permohonan Debit Terus Pinjaman: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/.
    – Permohonan Debit Terus Simpan SSPN Prime: https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html
    – Permohonan Debit Terus Simpan SSPN Plus: https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama
  2. Bagi permohonan debit terus, sila masukkan no kad pengenalan dan klik dan klik butang berlogo kanta.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Klik bahagian ‘Penyata Baki’ dan klik ‘Pendaftaran untuk Debit Terus.’
  5. Bagi permohonan debit terus Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN plus, permohonan boleh dibuat dengan login di pautan yang diberikan di atas.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, sila hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: