WTU MARA 2023: Pinjaman Pelajaran Universiti Terbaik Dunia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia menerusi World Top University Programme (WTU) 2023.

Program dilaksanakan untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif serta boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) bermula 11 Julai sehingga 21 Julai 2023.

Tempoh Pinjaman WTU

Tempoh pinjaman bagi program ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pemohon sedia ada, baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari 1 tahun.

Senarai Bidang & Universiti Terpilih

Senarai bidang dan universiti terpilih yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah minima 19 tahun dan tidak melebihi 30 tahun untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  3. Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian ke luar negara.
  5. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan MARA atau dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  6. Pemohon, Ibu, Bapa, Penjaga dan Pasangan tidak di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.
  7. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.
  8. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.

Syarat Khusus

Pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan seperti:

  1. Terbuka kepada pemohon yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  2. Bidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.
  3. Pemohon hanya boleh mengikuti bidang yang berkaitan dengan Economy, Business & Management, Engineering & Environment, Natural Science/ Medical Science , IT & Computer Science. Bidang selain dinyatakan diatas tidak termasuk di dalam program WTU.
  4. Pendapatan keluarga (Ibu dan bapa/penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
  5. Syarat kelayakan akademik mengikut peringkat adalah seperti berikut:
    – International Baccalaureate (IB) : 35/45 pt
    – A-Level : 13/15 pt
    – Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM atau setaraf : CGPA 3.6/4.0
    – IELTS: Minima BAND 6.5 @ TOEFL: Minima 100 @ SAT: Minima 1200

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui cara memohon seperti berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai WTU, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/program-pinjaman-pelajaran-ke-universiti-terbaik-dunia-2/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: