Permohonan Biasiswa Ensure: UiTM Endowment Scholarship

Bagi pelajar yang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pihak UiTM menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang bagi peringkat sarjana muda dan pasca siswazah iaitu UiTM Endowment Scholarship (Ensure).

Untuk makluman, Biasiswa Ensure ini akan diberikan kepada pelajar terpilih yang dikategorikan seperti berikut:

  • Biasiswa bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar warganegara Malaysia.
  • Biasiswa bagi peringkat pasca siswazah untuk pelajar warganegara Malaysia
  • Biasiswa bagi peringkat pasca siswazah untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UiTM dalam bidang keutamaan yang ditetapkan.

Oleh itu, pelajar yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di UiTM adalah dialu-alukan untuk memohon biasiswa ini.

Pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan bermula 10 Januari sehingga 23 Januari 2022 secara atas talian.

Tempoh Biasiswa

Tempoh pemberian biasiswa yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: Tempoh maksimum biasiswa adalah 3 hingga 5 tahun bergantung kepada program pengajian pemohon.
  • Ijazah Sarjana: Tempoh maksimum biasiswa adalah 2 tahun.
  • Doktor Falsafah: Tempoh maksimum biasiswa adalah 4 tahun.

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang bakal diterima pelajar yang layak adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:

Peringkat PengajianJumlah
Ijazah Sarjana MudaRM10,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)
Ijazah Sarjana (pelajar tempatan)RM24,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)
Ijazah Sarjana (pelajar antarabangsa)RM30,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)
Doktor Falsafah (pelajar tempatan)RM36,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)
Doktor Falsafah (pelajar antarabangsa) RM42,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)

Syarat Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar sepenuh masa (mod penyelidikan) sarjana muda dan pascasiswazah. Permohonan juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa prasiswazah dan pascasiswazah (semua mod pengajian) untuk pelajar orang kurang upaya (OKU).
  2. Pemohon bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi (kecuali zakat, dermasiswa, hadiah, bantuan kewangan orang kurang upaya (BKOKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau mana-mana jenis biasiswa sekali sahaja).
  3. Pemohon hendaklah mendapat pengecualian/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu bagi pengajian yang telah dijalankan sebelum memohon biasiswa ini.
  4. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinikal UiTM dikecualikan).
  5. Pemohon tidak mempunyai rekod jenayah.
  6. Pemohon tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis.
  7. Pemohon belum disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia/antarabangsa).
  8. Pemohon yang merupakan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Perkhidmatan OKU UiTM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.
  2. Klik butang ‘Ensure Now.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Apply Now.’
  4. Masukkan no pelajar dan no kad pengenalan dan klik butang ‘Check.’
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat penghantaran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: