Permohonan Biasiswa KEN Foundation 2024

PERMOHONAN BIASISWA KEN FOUNDATION 2024

Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama adalah dialu-alukan untuk memohon Biasiswa KEN Foundation 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa ini serta cara-cara untuk memohon.

Mengenai Biasiswa KEN Foundation

KEN Foundation ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai asas kebajikan dengan tujuan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia yang layak.

Yayasan ini percaya bahawa latar belakang pendidikan yang kukuh adalah akar kepada kejayaan negara, dan komited untuk memenuhi matlamat ini dengan menawarkan biasiswa kepada seberapa ramai pelajar Malaysia yang layak.

Dasar KEN Foundation tidak menfokuskan kepada kecemerlangan akademik tetapi amat prihatin dalam membantu pelajar Malaysia yang memerlukan.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum 23 Ogos 2024.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Civil Engineering
  • Quantity Surveying
  • Architecture
  • Building Management
  • Business Administration/Marketing/ Communication/Accounting
  • Human Resource Management
  • Event Management
  • Hospitality/Hotel Management
  • Agriculture

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa berumur antara 18 – 23 tahun.
  2. Keluarga berpendapatan rendah (Pendapatan gabungan yang tidak melebihi RM60,000 setahun).
  3. Pelajar yang memenuhi syarat & telah berjaya ditawarkan ke kursus seperti yang ditakrifkan dalam bidang pengajian di mana-mana universiti tempatan.
  4. Tidak boleh terikat atau menerima apa-apa bantuan kewangan atau ganjaran dari institusi pendidikan, organisasi atau yayasan lain.
  5. Dibuka untuk semua mahasiswa dan untuk pelajar di peringkat ijazah pertama sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di bawah.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan semua dokumen sebelum 5 Ogos 2024 ke alamat berikut:

    KEN FOUNDATION
    Level 12, Menara Ken TTDI,
    No 37, Jalan Burhanuddin Helmi,
    Taman Tun Dr Ismail,
    60000 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  • Foto bersaiz Pasport Terkini.
  • 1 salinan Borang Permohonan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • Salinan surat penerimaan Universiti pemohon.
  • Salinan Penyata Cukai Pendapatan terkini, Borang EA, Borang B, slip gaji ibu bapa / penjaga dan adik-beradik (jika ada).
  • Salinan keputusan akademik, sijil dan transkrip.
  • Salinan sijil/pencapaian penghargaan akademik pemohon dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa KEN Foundation 2024, sila hubungi:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: