Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2023

Kerajaan Negeri Sabah telah membuka tawaran biasiswa kepada anak-anak Negeri Sabah untuk tahun 2022 menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2023.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Bagi anak-anak Negeri Sabah yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian dengan segera.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Peringkat Diploma

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

ii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perlombongan dan Geologi
  • Perindustrian
  • Pengurusan Ladang
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Renewable Energy
  • Pendidikan
    -Matematik
    -Sains Komputer
  • Bahasa Inggeris Seni Bina (Architecture)
  • Perubatan Sains Alam Sekitar
  • Perubatan Veterinar Undang-Undang
  • Oil & Gas
  • Ukur Bahan

iii) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bidang pengajian “Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) (Kerja Kursus) untuk pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (“Direct Intake”).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah dan sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah; atau
  2. Salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Had Umur

  1. Pemohon untuk peringkat Diploma hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  2. Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
  3. Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

ii) Kelayakan Akademik

a) Diploma

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

b) Ijazah Sarjana Muda

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  2. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.
  3. Lulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  4. Lulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  5. Lulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

c) Sarjana

  1. Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  2. Bidang pengajian “Science, Technology, Engineering, and Mathematics” (STEM) (Kerja Kursus).
  3. Tawaran hanya kepada pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (“Direct Intake”).
  4. Mod Pengajian Sepenuh Masa.

d) Perubatan, Pergigian dan Farmasi

  1. Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, sila layari laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: