Permohonan Biasiswa Orang Muda Johor 2023

Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan berhasrat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama (termasuk program A-Level) dalam bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia adalah dialu-alukan memohon Biasiswa Orang Muda Johor 2023.

Biasiswa Orang Muda Johor merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di universiti terkemuka di dunia.

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 14 Jun 2023 sehingga 27 Jun 2023.

Pakej Biasiswa

Pakej biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan berbentuk biasiswa penuh bagi pengajian ke 20 universiti terbaik dunia (QS World Ranking).
  • Peluang kerjaya bersama agensi/syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Johor setelah tamat pengajian.
  • Pelbagai elaun khas disediakan.

Peringkat Pengajian

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja (termasuk program persediaan di peringkat A-Level selama 24 bulan di kolej persediaan yang telah ditetapkan).

Tempat Pengajian

Tempat pengajian adalah di 20 universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan/atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti.

Bidang Pengajian

Bidang Pengajian yang layak memohon adalah seperti:

  • Kejuruteraan & Teknikal
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial: terhad kepada Sains Politik/Hubungan Antarabangsa, Kewangan/Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi, Psikologi.

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan Ibu atau Bapa lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut (dari tarikh permohonan).
  3. Berstatus bujang/belum berkahwin.
  4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untukperingkat atau pengajian yang sama.
  6. Mempunyai kesihatan yang baik (fizikal dan mental).
  7. Tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah dan tidak disenarai hitamh) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada31Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi matapelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • 1 mata pelajaran lain.
  • Dan jika ada memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.

Tatacara Permohonan

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang PROLIMS YPJ https://prolims.gov.my selama 14 hari mulai 14 Jun 2023 sehingga 27 Jun 2023, jam 4.00 petang.

Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan  Permohonan Penajaan Biasiswa Orang Muda Johor sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut wajib dihantar iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  • Salinan Keputusan Sijil SPM
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan)
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga (slip gaji/penyata pendapatan)
  • Sijil kegiatan kokurikulum 3 tahun terkini
  • Surat sokongan sekolah (jika berkaitan).
  • Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Orang Muda Johor 2023, sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my/biasiswa-orang-muda-johor/?fbclid=IwAR10eN35t2oi1UhbQJVTjGYN9OeWC75UBCL7-kVRliQVkqZYH4ff4eE8Grk.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: