Biasiswa KPT 2024: 18 Program Penajaan Bawah KPT

Pelajar di Institut Pengajian Tinggi berpeluang untuk mendapat penajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi 18 program di bawah KPT menerusi Biasiswa KPT 20204.

Terdapat 2 matlamat utama penajaan ini diperkenalkan oleh KPT iaitu:

  • Memastikan akses kepada pendidikan tinggi kepada golongan sasar yang layak serta mereka yang memerlukan.
  • Biasiswa atau program pembiayaan bertindak sebagai satu pengiktirafan secara langsung kepada mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang dipilih.

Senarai Biasiswa KPT 2024

Sebanyak 18 program penajaan di bawah KPT diperkenalkan iaitu:

1) Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/slab_slai.php 

2) Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/slab_slai.php 

3) Pasca Kedoktoran (Post Doctoral)

Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun selepas dianugerahkan Ph.D dan dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.

* Pautan mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemaskini.

4) Sub Kepakaran

Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.

* Pautan mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemaskini.

5) Hadiah Latihan Persekutuan PPPT

Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php 

6) Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akademik

Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di UA Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php 

7) MyBrain 2.0

Biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah bagi meningkatkan jumlah pemegang ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan modal insan intelektual dan kepakaran tempatan bagi menyokong pembangunan negara.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: MyBrain 2.0: Jumlah Elaun & Syarat Kelayakan

8) MyBrainScience

Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. Program ini dilaksanakan bagi  menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/ 

9) YBM Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT

Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/

10) YBM Pengajian Tinggi – Anugerah Tokoh Siswa

Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai 1 galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.

* Pautan mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemaskini.

11) YBM Pengajian Tinggi – Pelajar Cemerlang Politeknik

Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/

12) Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://www.moe.gov.my/biasiswa-dan-pembiayaan/soalan-lazim/bantuan-kewangan

13) Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/index_penajaan.php

14) Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/ 

15) Program Pendidikan Khas (PPK)

Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat  kelayakan.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/ 

16) Malaysia International Scholarship (MIS)

Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.

* Rujuk syarat kelayakan dan cara memohon di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/ 

17) Islamic Development Bank (IsDB) Scholarship

Penajaan kepada pelajar antarabangsa dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Program ini adalah kerjasama penajaan bersama Islamic Development Bank (IDB) bagi menaja pelajar-pelajar dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara luar serta meningkatkan imej negara dan memperlihatkan peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi di persada antarabangsa.

* Pautan mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemaskini.

18) Scholarship Program In The Kingdom of Saudi Arabia

Biasiswa ini diwujudkan hasil pertemuan Menteri Pengajian Tinggi dan Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia melalui pertemuan hormat di pejabat bekas pada 15 April 2022. Kerajaan Arab Saudi bersetuju menganugerahkan 300 biasiswa 300kepada rakyat Malaysia.

* Pautan mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemaskini.

Sumber: https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: