Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Tahun 4 Sesi 2026

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) 2025 untuk murid-murid Tahun 4 sama ada di Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini

Mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)

Untuk makluman, Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) yang sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah mula diperkenalkan pada tahun 2002.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan.

Namun kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 16 Julai 2025 dan ditutup pada 16 Ogos 2025.

Kadar Biasiswa

Sebelum tahun 2012, kadar biasiswa yang diberikan kepada mereka yang layak adalah berjumlah RM250 setahun.

Namun, mulai 2013, kadar biasiswa telah dinaikkan kepada kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 yang memohon.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  9. Murid yang pernah digantung/dibuang sekolah tidak layak memohon.

Tatacara Permohonan

Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan biasiswa ini, permohonan boleh dikemukakan melalui sekolah atau melalui ADUN/wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.

Ibu bapa akan diberikan penerangan oleh sekolah atau melalui ADUN/wakil yang dilantik mengenai proses permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) 2026, sila layari laman web Yayasan Pahang di link berikut https://www.yp.org.my/ atau menghubungi 09-518 1800.

Baca juga: SBPT: Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi Koperasi Tentera

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: