Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo 2023
Yayasan Jasa Ann Joo membuka permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Yayasan Jasa Ann Joo merupakan yayasan yang telah ditubuhkan pada April 2018 untuk menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang Teknikal/Kejuruteraan, Perakaunan/Kewangan, Sains Gunaan dan Sains Komputer/Teknologi Maklumat di universiti tempatan/institusi TVET.
Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat di dalam bidang pendidikan.
Permohonan dibuat melalui borang permohonan yang disediakan mulai 16 Oktober sehingga 06 November 2023.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat
- Kewangan
- Sains Gunaan
- Sains komputer
- Perakaunan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan.
- Pemohon telah mengikuti pengajian sepenuh masa bagi tahun 2 dan ke atas dalam jurusan kejuruteraan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Bidang pengajian hanya terhad kepada program yang dinyatakan sahaja.
- Mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran berkomunikasi, bersifat positif & memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.
- Memiliki Keputusan Peperiksaan minimum CGPA 3.0 pada tahun permohonan.
- Pemohon mestilah aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
- Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa/pinjaman atau terikat dengan mana-mana syarikat/yayasan dan badan kerajaan yang lain.
Proses Permohonan
Proses permohonan yang bakal dilalui pemohon adalah seperti berikut:
- Peringkat 1: Pemohon dikehendaki memuat turun dan melengkapkan borang permohonan dengan menyerahkan dokumen berkaitan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Peringkat 2: Semua permohonan yang dikemukakan akan disemak oleh Kumpulan Sumber Manusia (GHR) untuk memastikan semua kriteria kelayakan dipenuhi.
- Peringkat 3: Pemohon yang disenarai pendek akan ditemu duga oleh panel penemuduga daripada Kumpulan Sumber Manusia (GHR) dan Ketua Unit Perniagaan.
- Peringkat 4: Pemohon yang disenarai pendek di Peringkat 3 kemudiannya akan menjalani pembentangan dalam mana-mana format yang dikehendaki dan sesi Soal Jawab dengan Jawatankuasa Biasiswa.
Tatacara Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo
Tatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Ann Joo Group http://www.annjoo.com.my
- Pilih bahagian “Scholarships” pada laman utama
- Muat turun borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan dengan betul.
- Hantar borang permohonan yang lengkap melalui emel ke [email protected]
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo 2023, sila layari laman web http://www.annjoo.com.my/.