UPTVET: Permohonan Kemasukan Ke Institusi TVET

Semua permohonan kemasukan ke 1,334 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara, perlu dibuat melalui saluran tunggal iaitu Unit Pengambilan TVET (UPTVET).

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sistem ini dibangunkan bagi menyelaraskan permohonan kemasukan ke semua institusi TVET, berdasarkan kursus TVET yang diminati peserta serta institusi TVET yang menjadi pilihan mereka.

Ini dibuat bagi mengelakkan pertindihan yang berlaku daripada permohonan itu dan juga kita lihat daripada segi minat mereka, agar tidak berlaku ketidakpadanan dalam kursus yang dilaksanakan.

Pembangunan sistem ini perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Bil 3/2023 yang diselia Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Tarikh Permohonan Melalui UPTVET

Permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat menerusi portal tersebut bermula 30 Oktober 2023 ini.

Kursus Institusi TVET

Selain itu, Mesyuarat Majlis TVET juga bersetuju agar semua institusi TVET menawarkan kursus berasaskan teknologi tinggi, termasuk tenaga boleh baharu (TBB) agar peserta yang tamat kursus menepati kehendak pasaran tenaga kerja.

Ini bagi pihak pelabur memperolehi pekerjaan mahir yang telah terlatih supaya terus dapat diserapkan ke syarikat-syarikat berkenaan.

Di samping ini bagi menterjemahkan apa yang disarankan oleh Perdana Menterii bukan sahaja tenaga yang diperbaharui tetapi juga dalam pelan strategik perindustrian di mana kita menjangkakan kedua-dua bidang ini akan memberikan kira-kira 3.5 juta peluang baharu pekerjaan daripada sekarang hingga tahun 2030.

Ketika ini, nilai kebolehpasaran graduan TVET ketika ini melebihi 92 peratus, dengan 7.5 peratus daripadanya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan mengikuti kursus profesional dalam bidang TVET.

Selain itu, untuk meningkatkan minat dan mengekalkan peserta yang sedang mengikuti kursus TVET, beliau berkata KSM akan mewujudkan skim pembiayaan termasuk pemberian elaun kepada golongan terbabit.

Kaedah Permohonan Melalui UPTVET

Bagi pemohon yang berminat, permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat melalui pautan  https://mohon.tvet.gov.my.

Permohonan ini boleh dibuat mulai 30 Oktober 2023.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai UPTVET, sila layari laman web https://mohon.tvet.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: