Permohonan Biasiswa YTM Future Leaders 2023

Yayasan TM mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi untuk memohon Biasiswa YTM Future Leaders 2023.

Biasiswa YTM Future Leaders 2023 menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan eksklusif untuk pelajar Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Awam (UA).

Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.

Pemohon yang berminat memohon biasiswa ini boleh membuat permohonan sehingga 19 September 2023.

Bidang Pengajian Biasiswa YTM Future Leaders

Bidang pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Teknologi Maklumat dan Digital
  • Multimedia Kreatif
  • Kejuruteraan
  • Pengurusan

Institusi Pengajian

Pelajar yang akan menyambung pengajian di institusi pengajian berikut layak memohon:

i) Lepasan SPM 2022

  • Multimedia University

ii) Lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi dengan minima 2 tahun pengajian

  • Multimedia University
  • Universiti Awam (UA)

Syarat Am

Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  2. Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  3. Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
  4. Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Syarat Kelayakan Pemohon

Pemohon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat kelayakan berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2022 atau PNGK 3.3 atau setara untuk keputusan terkini.
  3. Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2023.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan http://bit.ly/YTMScholarship2023.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  4. Pilih biasiswa yang ingin dipohon.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanju mengenai YTM Future Leaders 2023, sila hantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: