Permohonan Biasiswa & Kerjaya YTL Cement Scholarship 2023

YTL Cement Sdn. Bhd. telah membuka tawaran biasiswa dan kerjaya kepada para pelajar menerusi YTL Cement Scholarship atau Biasiswa YTL Cement.

YTL Cement Scholarship merupakan biasiswa yang menawarkan pelajar yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi tempatan dan membentuk masa depan mereka di dalam bidang kejuruteraan.

Biasiswa ini ditawarkan melalui cabang CSR YTL Cement iaitu BUILDS bagi memupuk bakat masa depan untuk menyokong kemajuan industri pembinaan Malaysia.

Kelebihan pelajar yang mendapat biasiswa ini akan dibiaya kos pengajian sepanjang ijazah pertama bidang kejuruteraan dan akan diserap bekerja di YTL Cement Sdn. Bhd. selepas selesai pengajian.

Bagi yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 31 Ogos 2023.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang pengajian yang ditaja melalui biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

Syarat Kelayakan YTL Cement Scholarship

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mendapat minimum 7A dalam SPM.
  3. Mendapat PNGK minimum 3.50 dalam STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level, Diploma atau setaraf.
  4. Mempunyai rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah satu kelebihan tambahan.
  5. Telah mendapat kemasukan ke universiti tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.
  6. Pemohon yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 adalah dialu-alukan untuk memohon.
  7. Bersedia bekerja untuk YTL Cement untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.
  8. Tidak menerima sebarang biasiswa lain.

Cara Memohon Biasiswa

Untuk memohon biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.ytlcementbuilds.com/scholarship.
  2. Klik butang ‘Apply For YTL Cement Scholarship Now.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan bertanda *.

Pemohon yang disenarai pendek akan menerima email yang memberitahu mereka bahawa mereka telah disenarai pendek untuk Biasiswa YTL Cement perlu menyerahkan rakaman video selama 3 minit yang menjawab tiga soalan tentang diri mereka sendiri.

Jika berjaya, pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki menghadiri temu duga panel dengan jawatankuasa pemilihan Biasiswa YTL Cement di Menara YTL, Kuala Lumpur dan hanya pemohon yang berjaya akan ditawarkan biasiswa.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai YTL Cement Scholarship, sila layari laman web https://www.ytlcementbuilds.com/scholarship.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: