Buku Teks Sains Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM
Buku teks Sains Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penggubalan buku ini bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan bagi melahirkan murid yang kompetitif, dinamik, tangkas, dan berdaya tahan serta menguasai ilmu Sains dan berketerampilan teknologi sepenuhnya.
Di dalam buku teks ini juga, murid didedahkan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran maklumat dan komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta kemahiran hidup dan
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21.
Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM juga didedahkan melalui pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah serta pelaksanaan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang Sains dan teknologi.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas:
- Sistem saraf manusia
- Rangsangan dan gerak balas dalam manusia
- Rangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan
- Kepentingan gerak balas terhadap ransangan dalam haiwan lain
ii) Bab 2 Respirasi
- Sistem respirasi
- Pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia
- Kesihatan sistem respirasi manusia
- Adaptasi dalam sistem respirasi
- Pertukaran gas dalam tumbuhan
iii) Bab 3: Pengangkutan
- Sistem pengangkutan dalam organisma
- Sistem peredaran darah
- Darah manusia
- Pengangkutan dalam tumbuhan
- Sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan
iv) Bab 4 Kereaktifan Logam
- Kepelbagaian mineral
- Siri kereaktifan logam
- Pengekstrakan logam daripada bijihnya
v) Bab 5 Termokimia
- Tindak balas endotermik dan eksotermik
vi) Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan
- Penjanaan tenaga elektrik
- Transformer Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
- Pengiraan kos penggunaan elektrik
vii) Bab 7 Tenaga dan Kuasa
- Kerja, tenaga dan kuasa
- Tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
- Prinsip keabadian tenaga
viii) Bab 8 Keradioaktifan
- Sejarah penemuan keradioaktifan
- Atom dan nukleus
- Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
- Kegunaan sinaran radioaktif
ix) Bab 9 Cuaca Angkasa Lepas
- Aktiviti matahari yang memberikan kesan kepada bumi
- Cuaca angkasa
x) Bab 10 Penerokaan Angkasa Lepas
- Perkembangan dalam astronomi
- Perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas
Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 3
Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:
CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my