Dermasiswa MAIS 2022: Pengajian Ke Mesir, Jordan & Morocco

Anak Selangor yang telah membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan, dan Morocco boleh membuat permohonan menerusi Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Dermasiswa MAIS merupakan tajaan pendidikan yang diberikan khusus kepada anak Selangor yang telah memohon untuk melanjutkan pengajian di 3 buah negara di Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan, dan Morocco.

Bagi individu yang memohon ke Morocco, tarikh tutup permohonan dermasiswa ini adalah pada 23 Jun 2022 jam 11.59 malam manakala individu yang memohon ke Mesir dan Jordan, tarikh tutup permohonan dermasiswa ini adalah pada 30 Jun 2022 jam 11.59 malam.

Syarat Am

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat am seperti berikut:

  1. Pemohon, Ibu dan bapa Warganegara Malaysia/pemastautin tetap (Dermasiswa Zakat).
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau pemohon telah menetap lebih dari 3 tahun di Negeri Selangor sehingga kini.
  3. Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).
  4. Telah membuat permohonan atau mendapat pengesahan kelayakan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

i) Morocco (Pengajian Islam)

  1. Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi mata pelajaran:
    – Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
    – Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    – Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.

ii) Mesir (Pengajian Islam & Bahasa Arab)

  1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM tahun 2021 sahaja.
  2. Memiliki SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya; dan
    – Telah menduduki Imtihan Tahdid Mustawa yang dianjurkan RABITAH melalui JAIS dan mencapai sekurang-kurangnya Mutawwasit Awwal.

iii) Mesir (Ulum Islamiyah)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.

iv) Jordan (Pengajian Islam/Bahasa Arab/Pengajian Al-Quran & Qiraat)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:
    – Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
    – Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    – Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
  2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my.
  2. Klik butang ‘Daftar Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa MAIS, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, BPI JAIS:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *