Permohonan Dermasiswa Pelajar Matrikulasi KPM 2023/2024

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah menawarkan Bantuan Dermasiswa Pelajar Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2023/2024.

Bantuan Dermasiswa Pelajar Matrikulasi KPM ini diwujudkan bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 atau asnaf untuk meneruskan pengajian mereka dan meringankan beban pengajian yang ditanggung pelajar di Matrikulasi KPM.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 13 September 2023 sehingga 22 September 2023 secara atas talian.

Pelajar yang terpilih akan dimaklumkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM secara rasmi dalam masa terdekat.

Mengenai Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan sejak tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Matlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Jurusan yang ditawarkan bagi program ini adalah:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Jurusan Layak Memohon

Jurusan di Matrikulasi KPM yang layak memohon bantuan dermasiswa ini adalah:

  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Perakaunan
  • Perakaunan Profesional

Syarat Permohonan Bantuan Dermasiswa Pelajar Matrikulasi KPM

Syarat permohonan untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar Program Matrikulasi Sistem Dua Semester yang sedang mengikuti pengajian di kolej matrikulasi bagi Sesi 2023/2024.
  2. Terbuka kepada pelajar jurusan sains, kejuruteraan, perakaunan dan perakaunan profesional.
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A diperingkat SPM.
  4. Status pendapatan keluarga B40 atau keluarga asnaf.
  5. Berstatus bumiputra.
  6. Perlu hadir dan lulus saringan temu duga yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi pautan autan http://apps.niatrik.edu.my/Matrik-Taja Permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar Matrikulasi KPM 2023/2024, sila hubungi En. Mohd Jazril Yusoff bin Mohamed di talian 03-8884 4098.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: