Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Pondok MUIP 2024

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Pondok daripada Negeri Pahang dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Pondok 2024 daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Berikut merupakan maklumat mengenai dermasiswa ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Pondok

Untuk makluman, Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Pondok yang diwujudkan oleh MUIP ini bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu:

  • Membantu pembiayaan pendidikan pelajar.
  • Sebagai kemudahan dan galakan.

Pelaksanaan bantuan dermasiswa ini diharap dapat membantu pelajar IPT/Tahfiz/Pondok meneruskan pengajian mereka sehingga tamat.

Pelajar yang berminat untuk mendapat bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian bermula 1 Februari 2024.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800
  • Tahfiz/Pondok: RM2,400
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000
  • Lain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Merupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.
  3. Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok/Thafiz/Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.
  4. Pemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini.

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan dermasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Penddaftaran Pengguna.’
  5. Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Pondok 2024, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: