Permohonan Dermasiswa UTM Holdings 2023

UTM Holdings mempelawa pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk memohon Dermasiswa UTM Holdings 2023.

Dermasiswa UTM Holdings adalah sumbangan dana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd untuk diberikan kepada pelajar UTM yang memerlukan.

Ini diharap dapat membantu pelajar UTM yang memerlukan terutamanya kepada kepada pelajar yang datang daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Justeru itu, pelajar yang ingin mendapatkan dermasiswa ini boleh membuat permohonan sebelum 27 November 2023.

Mengenai UTM Holdings

UTM Holdings Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah ditubuhkan pada tahun 2010.

Tumpuan utama syarikat ini adalah pelbagai operasi dan perkhidmatan termasuk pelaburan yang memberikan keuntungan mampan dan pulangan ke atas aset.

Aktiviti teras termasuk pengurusan hartanah dan kemudahan, pengurusan projek, hospitaliti, pengkomersialan penyelidikan dan inovasi ICT.

Selain itu, bagi memastikan pelajar di UTM dibantu, UTM Holdings turut memberikan dermasiswa kepada pelajar yang layak di universiti terbabit.

Faedah Kepada Penerima Dermasiswa UTM Holdings

Penerima yang bakal menerima dermasiswa ini akan menerima faedah-faedah seperti berikut:

  • Dianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.
  • Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.
  • Peluang kerja amali “internship” dengan UTM Holdings (jika diperlukan).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Berada di tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2023/2024.
  2. Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.
  3. Warganegara Malaysia.Kategori B40.
  4. Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeXtbqn-5MmfeRI7qJC1UNvYWWeyU_ODdSakPB_fpPMB4AF8A/formrestricted.
  2. Isi maklumat permohonan tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Semak semua maklumat yang telah diisi.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di talian: 011-53806006 / 07-5530185 atau [email protected] 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: