Asasi UTM: Permohonan Ambilan Disember 2023

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dialukan untuk memohon Program Asasi UTM.

Program Asasi UTM merupakan program yang menawarkan pelajar pilihan pendidikan pra-universiti, selain daripada matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan program asasi lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Sains Sosial yang akan menyediakan mereka untuk laluan pendidikan seterusnya di UTM melalui Program Ijazah Antarabangsa UTM (UTM-IDP).

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan sebelum 30 November 2023.

Kelebihan Asasi UTM

Antara kelebihan program ini kepada pelajar adalah seperti berikut:

  • Yuran yang berpatutan 
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan.
  • Pembelajaran menggunakan Realiti Maya atau ‘Virtual Reality’ (VR). 
  • Kemudahan fasiliti UTM yang kondusif.
  • Peluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah di UTM.

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Johor Bahru

  • Sains Fizikal

ii) Kuala Lumpur

  • Sains Fizikal
  • Sains Hayat
  • Sains Sosial

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi sepenuh masa selama setahun meliputi tiga semester atau selama 52 minggu.

Syarat Umum

Syarat umum bagi kemasukan ke program asasi ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sejarah di Peringkat SPM.
  • 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi kemasukan ke program asasi ini adalah seperti berikut:

i) Sains Fizikal

  1. Kepujian dalam 4 mata pelajaran SPM/SPMV:
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Matematik Tambahan; atau
  2. Lulus dalam O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana 3 mata pelajaran yang diambil termasuk Matematik dan dua mata pelajaran Sains; atau
  3. Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

ii) Sains hayat

  1. Kepujian dalam 4 mata pelajaran SPM/SPMV:
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik/Biologi
    – Matematik Tambahan; atau
  2. Lulus dalam O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana 3 mata pelajaran yang diambil termasuk Matematik dan dua mata pelajaran Sains; atau
  3. Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

iii) Sains Sosial

  1. Kepujian dalam 4 mata pelajaran SPM/SPMV termasuk Matematik; atau
  2. Lulus dalam O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana 3 mata pelajaran yang diambil termasuk Matematik; atau
  3. Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi laman web https://space.utm.my/ sebelum 30 November 2023.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Program Asasi UTM, sila layari portal https://space.utm.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: