Digital Competency Score (DCS): Ujian Kompetensi Digital KPM

Untuk tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan ujian kompetensi digital menerusi Digital Competency Score (DCS).

Digital Competency Score (DCS) merupakan ujian terhadap murid berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan kewarganegaraan digital.

Pelaksanaan ujian ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).

Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016-2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM, dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.

Tambahan pula, pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan 6.

Pelaksanaan Digital Competency Score

Pelaksanaan ujian ini diuruskan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT.

Tarikh pelaksanaan ujian ini akan diadakan pada:

KategoriTarikhMurid Yang Terlibat
Sekolah Menengah10 Ogos 2023 sehingga 30 November 2023Tingkatan 3 dan 5
Sekolah Rendah10 Ogos 2023 sehingga 30 November 2023Tahun 6

Cara Login

Untuk login dan menjalankan ujian ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal http://dcs.moe.edu.my.
  2. Guru kelas yang terlibat boleh memasukkan no kad pengenalan sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
  3. Cipta Kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Guru boleh memuat naik fail CSV Microsoft Excel mengikut contoh format yang disediakan.
  4. Kemudian, login menggunakan no kad pengenalan atau MyKid murid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.

Panduan Untuk Menjawab

Untuk menjawab ujian ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=7oeoXmjLTQc yang disediakan oleh Cikgu Rashid.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Digital Competency Score (DCS), sila berhubung dengan pegawai meja DCS USTP, PPD masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: