SPMU 2023: Semak Keputusan Peperiksaan Mulai 12 Okt 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 20 Oktober iaitu pada hari Khamis.

Untuk makluman, SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.

Untuk makluman, seramai 8,586 calon telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon peperiksaan bakal mengetahui keputusan masing-masing pada 12 Oktober 2023.

Mengenai SPMU

SPMU merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi pelajar yang ingin mengulang kertas peperiksaan SPM selepas gagal dalam SPM pada kali pertama.

Ini bagi memberikan peluang kedua kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan SPM mereka pada tahun tersebut.

Pelajar boleh mengambil peperiksaan ini sekiranya mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Mataematik, dan E-level adalah dalam gred gagal.

Pendaftaran Peperiksaan

Lazimnya, pendaftaran peperiksaan ini akan dibuka selepas keputusan SPM dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Individu yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan ini boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui portal https://sppat.moe.gov.my/.

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan peperiksaan SPMU 2023 boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

i) Dalam Talian

Semakan keputusan boleh dibuat menerusi dalam talian melalui pautan http://myresultspmu.moe.gov.my.

Keputusan penuh peperiksaan secara dalam talian akan mula dikeluarkan mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 (Khamis) sehingga pukul 6.00 petang, 18 Oktober 2023 (Rabu).

ii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefom bimbit masing-masing.

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan ini, taip SPMU<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 (Khamis).

iii) Secara Manual

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, sila berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2023.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai keputusan peperiksaan SPMU 2023 ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: