Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2022
Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh membuat pendaftaran memperbaiki keputusan STPM 2022 secara atas talian.
STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
Peperiksaan adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.
Bagi pelajar yang ingin membuat pendaftaran tersebut, pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023 (Selasa) sehingga 30 Ogos 2023 (Rabu).
Mata Pelajaran STPM
Pelaksanaan peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Kaedah Memperbaiki Keputusan STPM
Terdapat 2 kaedah untuk memperbaiki keputusan STPM iaitu:
- Memperbaiki keputusan secara keseluruhan
- Memperbaiki keputusan secara tampal (patching)
Cara Membuat Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2022
Untuk membuat pendaftaran memperbaiki keputusan STPM 2022, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.mpm.edu.my/.
- Pergi ke ‘Sistem Memperbaiki Keputusan STPM.’
- Klik ‘Permohonan Baiki Keputusan STPM.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
- Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Apabila lengkap mengisi maklumat, sila hantar pendaftaran.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai keputusan memperbaiki keputusan STPM 2022, sila hantar emel ke [email protected].