DPP UniSZA: Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024/2025

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menawarkan kemasukan DPP UniSZA bagi sesi 2024/2025.

Berikut merupakan maklumat dan cara memohon bagi pengajian ini.

Mengenai DPP UniSZA

DPP UniSZA merupakan Diploma Pascasiswazah yang ditawarkan kepada semua pemegang Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.

Menariknya, Diploma Pascasiswazah ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Penawaran program DPP akan dilaksanakan di 2 kampus iaitu:

  • UniSZA Kampus Gong Badak
  • UniSZA@Putrajaya

Pengajian adalah sepenuh masa dan kelas sepanjang pengajian akan diadakan pada setiap hujung minggu.

Bidang Pengkhususan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Teknologi Maklumat

Syarat Am Universiti

Permohonan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Lulus SPM
  2. Lulus Diploma/STAM/STPM
  3. Lulus Sarjana Muda dari Universiti Awam/Swasta

Syarat Khas Universiti

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khas universiti iaitu:

  1. Memenuhi Syarat Am Universiti.
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 ke atas dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
  3. Lulus Ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Cara Memohon

Pemrohonan pengajian ini akan dibuka pada bulan Februari 2024 bagi kemasukan bulan Oktober 2024.

Cara memohon akan dimaklumkan oleh pihak universiti.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DPP UniSZA, sila layari laman web https://www.unisza.edu.my atau boleh menghubungi:

  • Pn. Nur Alia: 09-6688659
  • Pn. Wan Norzilawati: 09-6688399
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: