DPPPI USIM: Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Islam 2023

Kepada individu yang ingin menjadi bakal guru dalam bidang Pendidikan Islam boleh memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan-Pendidikan Islam (DPPPI) 2023/2024 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program DPPPI ini merupakan program bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Selain itu, pengajian ini bagi menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.

Pengajian Diploma ini adalah meliputi kursus sebanyak 2 semester yang meliputi teori dan praktikal.

Pemohon Layak Memohon

Program ini ditawarkan secara pasaran terbuka dan semua individu layak memohon.

Namun, pelajar alumni USIM yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Merupakan alumni USIM.
  • Pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) (Kesemua program di bawah FPQS layak memohon).
  • Pelajar dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bagi program Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dan Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama sahaja yang layak memohon.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid.
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
  3. Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
  5. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai.
  6. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  7. Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.
  8. Calon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan pengajian Diploma ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ipps.usim.edu.my/.
  2. Buka akaun.
  3. Log masuk dan lengkapkan permohonan.
  4. Hantar permohonan.
  5. Buat pembayaran proses sebanyak RM60.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DPPPI USIM ini, sila layari laman web https://usimtijarah.com/diploma-pascasiswazah-pendidikan-pendidikan-islam/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *