Permohonan Perajurit TLDM Lepasan SPM/SVM & Diploma 2024

Individu yang berminat untuk menyertai Perajurit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh memohon secara ‘Walk-In’ akan bermula 24 Oktober 2023 hingga 27 Disember 2023.

TLDM merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.

Cabang angkatan tentera ini ditubuhkan bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat – Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British Negeri-Negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura.

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, angkatan ini dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan kekuatannya bertambah secara beransur-ansur.

Gaji/Elaun/Keistimewaan Perajurit TLDM

Gaji permulaan adalah seperti berikut:

  • Latihan Perajurit Muda (6 Bulan): RM 1,774.00
  • Diperjawatkan (kelulusan):
    – SPM atau SVM: RM 1,879.00
    – SPM dan SKM Tahap 2: RM 1,945.01
    – SPM dan SKM Tahap 3: RM 2,011.02
    – Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) RM 2,341.07
    *Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran insentif Khas ATM (RM200)
  • Kenaikan Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
  • Bayaran Elaun dan lnsentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan): Bayaran lnsentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Penyelam Ranjau, Bayaran lnsentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.
  • Keistimewaan: Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc).

Syarat Umum Kelayakan

Syarat umum kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 3 Jun 2024.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta – Lelaki.
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

Syarat Kelayakan Akademik Lepasan SPM/SVM

Syarat kelayakan akademik bagi lepasan SPM/SVM adalah seperti:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
    – Bahasa Inggeris.
    – Matematik.
    – Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Syarat Kelayakan Akademik Lepasan Diploma Kejuruteraan

Untuk lepasan Diploma Kejuruteraan, syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).
  3. Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
    – Diploma in Engineering.
    – Diploma in Electrical Engineering.
    – Diploma in Electronics Engineering.
    – Diploma in Electrical and Electronic Engineering.
    – Diploma in Marine Engineering.
    – Diploma in Software Engineering.
    – Diploma in Microelectronic Engineering.
    – Diploma in Information Engineering.
    – Diploma in Telecommunication Engineering.
    – Diploma in Mechanical Engineering.
    – Diploma in Mechatronic Engineering.
    – Diploma in Manufacturing Engineering.
    – Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
    – Advanced Diploma in Engineering.

Taraf Kesihatan

Taraf kesihatan yang melayakkan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan balk tanpa sebarang slat bantuan.
  2. Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  3. Syarat minimum ukuran fizikal:
UkuranLelakiWanita
Tinggi (min) 1.62 m1.60 m
Berat (min) 47.5 kg46.5 kg
BMI18.0-25.018.0-23.0
Beza Ukuran Dada Pernafasan5 cm4 cm

Proses Permohonan Walk-In

Proses permohonan secara Walk-In adalah seperti di bawah:

  1. Pemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:
    – Waktu pendaftaran : 0800H sehingga 0830H.
    – Waktu pemilihan 0830H sehingga 1700H.
    – Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan.
  2. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang asal seperti berikut:
    – Kad Pengenalan (Mykad) beserta 1 salinan fotostat.
    – Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat.
    – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma/Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat.
    – Salinan Kad Pengenalan (MY KAD/Passport) ibu dan bapa 1 salinan fotostat.
    – Sijil Kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat.
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui email selepas tapisan pada bulan Jan 2024.

Lokasi Pemilihan

Lokasi pemilihan adalah seperti dalam jadual di bawah:

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai pengambilan Perajurit TLDM, sila hubungi Markaz Tentera Laut di talian 019-2104163 atau email ke [email protected].

Layari laman web https://www.navy.mil.my/index.php/ms/ untuk info lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: