IELTS: Maksud, Format, & Tips Persediaan

Apakah yang dimaksudkan dengan IELTS?

IELTS atau International English Language Testing System merupakan ujian antarabangsa bagi mengukur kemampuan bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Universitas Cambridge, British Council dan IDP Educational Australia.

Ujian ini adalah salah satu ujian Bahasa Inggeris utama di dunia selain TOEFL, TOEIC dan OPI.

Ujian ini juga digunapakai untuk mengukur kemahiran Bahasa Inggeris seseorang yang ingin belajar atau bekerja yang mana Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa komunikasi calon.

Menariknya, ujian ini diterima oleh kebanyakan institusi di Australia, United Kingdom, Kanada, Ireland, New Zealand dan Akademik Afrika Selatan dan lebih daripada 3,000 institusi akademik di Amerika Syarikat, dan pelbagai organisasi profesional.

Format Peperiksaan IELTS

Ujian INI terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

  • Listening
  • Reading
  • Writing
  • Speaking

Bagi seksyen Listening, Reading dan Writing dilaksanakan dalam satu sesi sahaja manakala, seksyen Speaking boleh diambil pada hari yang sama atau sehingga tujuh hari sebelum atau selepas ujian lain.

Semua penguji ujian mengambil ujian Listening dan Speaking yang sama, manakala ujian Reading and Writing berbeza bergantung kepada sama ada pengambil ujian mengambil versi ujian Academic atau General Training.

Format ujian ini adalah seperti berikut:

  • Listening: 4 bahagian, 40 perkara – 30 minit
  • Reading: 3 bahagian, 40 perkara – 60 minit
  • Writing: 2 ujian (150 hingga 250 perkataan) – 60 minit
  • Speaking: 11-14 minit

Keputusan Ujian/Band

Ujian ini menggunakan skala 9 band untuk mengenalpasti tahap kecekapan dari non-user (band score 1) sehingga ke expert (band score 9).

Untuk memasuki universiti di luar negara, skor minimum yang perlu diperoleh adalah antara 5.5 hingga 6.5 dan skor antara 7.0 hingga 7.5 bagi calon yang berminat dalam program siswazah bergantung kepada universiti dan tahap yang telah ditetapkan.

Tips Persediaan Ujian

Terdapat 6 tips persediaan yang boleh digunakan sebelum mengambil ujian ini:

i) Pilih ujian IELTS yang tepat
Ujian yang diambil bergantung pada sama ada seseorangan tersebut ingin belajar, bekerja atau berhijrah ke negara yang memerlukan calon berbahasa Inggeris.

Jika calon merancang untuk belajar di institusi pengajian tinggi atau memperoleh pendaftaran profesional di negara yang berbahasa Inggeris, calon mungkin perlu mengambil ujian IELTS Akademik.

Sebaliknya, seseorang perlu menduduki ujian IELTS Latihan Am jika calon merancang untuk belajar di institusi pengajian tinggi, menjalani latihan vokasional atau ingin berhijrah ke Australia, New Zealand, Kanada atau UK.

Terdapat juga keperluan eksklusif untuk UK yang memerlukan anda mengambil ujian IELTS Kemahiran Hidup jika ingin:

  • Memohon visa keluarga pemastautin tetap
  • Memohon pelanjutan visa keluarga, suami isteri atau pasangan
  • Memohon status pemastautin tetap UK atau kerakyatan
  • Belajar di peringkat siswa atau pascasiswazah di UK
  • Memohon pendaftaran profesional di UK

ii) Biasakan diri dengan ujian
Setelah menentukan ujian yang perlu anda ambil, dapatkan maklumat lanjut, termasuk format ujian, bahagian ujian dan jenis-jenis soalan.

Setelah memahami format ujian dan jenis soalan, buat persediaan untuk hari ujian dengan melengkapkan ujian tersebut,

Setelah anda mendapat lebih banyak maklumat mengenai ujian ini, putuskan ujian yang lebih sesuai sama ada Akademik atau Latihan Am.

iii) Pelajari tentang jenis-jenis soalan
Ketahui jenis soalan yang mungkin ditemui dalam setiap bahagian ujian serta masa yang diperuntukkan bagi melengkapkan ujian Listening, Reading, Writing, dan Speaking.

Muat turun ujian latihan percuma untuk membiasakan diri anda dengan jenis-jenis soalan yang berbeza ini.

iv) Fahami skala markah

Calon adalah dinasihatkan untuk mengetahui takrifan setiap markah dan kriteria pemarkahan yang digunakan oleh pemeriksa untuk ujian yang bakal diambil.

Ini bagi memastikan calon yang mengambil ujian ini dapat mencapai matlamat markah mereka.

v) Belajar dan tetapkan matlamat

Adalah penting untuk calon mengkaji kemahiran Bahasa Inggeris mereka bagi mengetahui kedudukan markah.

Selain itu, calon juga perlu berlatih berbahasa Inggeris setiap hari agar dapat membantu anda membiasakan dengan bahasa ini seperti membaca berita dalam Bahasa Inggeris, menulis surat kepada rakan atau menonton filem Bahasa Inggeris.

Selain itu, luangkan sedikit masa setiap hari untuk membuat latihan keempat-empat bahagian ujian ini.

vi) Ketahui apa yang boleh dijangkakan pada hari ujian
Untuk mengurangkan rasa cemas menjelang hari ujian, ketahui apa yang boleh dijangkakan pada hari ujian.

Oleh itu, adalah perlu untuk tiba lebih awal supaya terdapat masa yang mencukupi untuk mendaftar dan mengambil tempat duduk.

Selain itu, simpan barang peribadi seperti telefon, jam tangan pintar, buku dan nota dan bawa dokumen pengenalan diri yang diperlukan untuk proses daftar masuk.

Contoh Soalan

Contoh soalan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Sumber: https://ielts.idp.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: