STAM 2023: Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini.
Seramai 4,058 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
Berikut diterangkan jadual peperiksaan ini untuk tahun 2023.
Mengenai STAM
STAM merupakan peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.
Lazimnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.
Tarikh Peperiksaan
Tarikh peperiksaan STAM 2023 akan berlangsung pada 2 Januari hingga 4 Januari 2024 dan 8 Januari hingga 11 Januari 2024.
Subjek Peperiksaan
Untuk pengetahuan, peperiksaan ini akan melibatkan subjek-subjek berikut iaitu:
- Hifz Alquran dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ’Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Jadual Peperiksaan STAM 2023
Jadual peperiksaan STAM bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
Dokumen Yang Perlu Dibawa
Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hari peperiksaan iaitu:
- Dokumen Pengenalan Diri (Kad Pengenalan)
- Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
Peringatan Peperiksaan
Calon yang menduduki peperiksaan ini sama ada di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Dewan/Bilik Peperiksaan.
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- Membuat rujukan di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan.
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan.
- Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai peperiksaan STAM 2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/km-kpm-berkenaan-peperiksaan-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam-tahun-2023.