Cara Semakan Semula Keputusan SPM 2022

Bagi pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM 2022, mereka boleh membuat semakan semula keputusan SPM tersebut melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Untuk makluman, SPM adalah peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan perlu diambil oleh semua pelajar yang akan menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Lebih penting lagi, keputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.

Tempoh Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM

Tempoh permohonan semakan semula dibuka selama 30 hari bermula daripada tarikh pengumuman keputusan iaitu sehingga 7 Julai 2023.

Caj Yang Dikenakan

Caj yang dikenakan bagi semakan semula keputusan adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk semakan semula ini adalah bagi calon yang tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

Tatacara Permohonan

Permohonan semakan semula boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/.
  2. Jika belum mendaftar, klik “Daftar Akaun” dan buat pendaftaran.
  3. Log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  4. Buat permohonan sehingga tamat.

Keputusan Yang Dikeluarkan

Keputusan yang dikeluarkan bagi semakan semua ini adalah sama ada:

  • Kekal: Slip keputusan sedia ada.
  • Berubah:
    – Calon sekolah: Hubungi sekolah asal
    – Calon persendirian: Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri

Soalan Lazim

Bagaimanakah semakan semula keputusan boleh dibuat?

Semakan semula keputusan boleh dibuat melalui laman web https://elp.moe.gov.my atau memuat turun aplikasi e-LP di Google Store atau Apple App Store.

Berapa lama tempoh permohonan semakan semula dibuka?

Tempoh semakan semula dibuka adalah selama 30 hari iaitu daripada 8 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023.

Berapakah kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula?

Kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula adalah RM100 bagi setiap subjek.

Bolehkah bayaran permohonan dibuat secara tunai?

Tidak. Bayaran penyemakan semula keputusan dibuat secara dalam talian sahaja.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM 2022, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/ atau https://elp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: