Jadual Waktu Peperiksaan STPM Bertulis Sem 1 2024

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 kepada semua calon yang menduduki peperiksaan ini.

Untuk pengetahuan, STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6.

Peperiksaan ini disediakan oleh MPM yang merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.

Mata Pelajaran Peperiksaan STPM

Untuk peperiksaan ini, 23 mata pelajaran yang akan terlibat iaitu:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT) 
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

23 mata pelajaran ini adalah berdasarkan mata pelajaran yang dipelajari pelajar bagi peringkat pembelajaran ini di sekolah.

Sebelum 2019, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan bagi peringkat pembelajaran ini di sekolah.

Namun bermula 2019, mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

Jadual Waktu Peperiksaan STPM Semester 1 2024

Jadual waktu peperiksaan ini bagi semester 1 2024 boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Dokumen Yang Perlu Dibawa

2 dokumen yang perlu dibawa sepanjang peperiksaan tersebut adalah:

  • Kad pengenalan
  • Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC)

Kedua-dua dokumen ini perlu diletakkan di atas meja peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai jadual waktu peperiksaan STPM, sila hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 atau e-mel ke [email protected].

Info lanjut mengenai peperiksaan ini boleh dirujuk melalui laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: