PSRA: Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama 2023

Murid yang mengambil keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2023 boleh membuat semakan keputusan mulai 14 Disember 2023.

Berikut merupakan maklumat mengenai PSRA.

Mengenai PSRA

Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor mempunyai peperiksaan yang tersendiri untuk murid di bawahnya iaitu Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Untuk pengetahuan umum, PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di sekolah KAFA di Negeri Selangor sahaja.

Sijil peperiksaan merupakan salah satu dokumen penting untuk permohonan pelajar bagi kemasukan tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama dibawah kelolaan kerajaan Negeri Selangor.

Perbezaan PSRA dan UPKK

Peperiksaan ini berbeza dengan Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) manakala peperiksaan ini dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Satu lagi perbezaan antara kedua-dua peperiksaan ini ialah, PSRA adalah peperiksaan untuk murid Tahun 6 manakala UPKK pula adalah peperiksaan bagi murid Tahun 5.

Skop Penilaian

Sukatan pembelajaran bagi peperiksaan ini bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.

Skop penilaian bagi peperiksaan ini terdiri daripada mata pelajaran berikut:

  • Al-Quran dan Hafazan
  • Akhlak/Sirah
  • Tajwid
  • Tauhid/Feqah
  • Bahasa Arab
  • Jawi, Khat

Pangkat Pemarkahan

Murid akan dinilai pemarkahan mereka menerusi pangkat pemarkahan iaitu:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Kepentingan PSRA

Murid yang berjaya mendapat pangkat pemarkahan yang cemerlang dalam peperiksaan ini berpeluang untuk menyambung pengajian ke institusi berikut:

  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  • Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Selain itu, murid yang mengambil peperiksaan ini mempunyai kelebihan bagi kemasukan ke:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP KPM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

Pendaftaran Peperiksaan

Pendaftaran peperiksaan ini boleh dibuat menerusi borang permohonan dalam file di bawah:

Jadual Peperiksaan

Peperiksaan ini bagi tahun 2023 akan dijalankan pada 9 Oktober 2023 sehingga 13 Oktober 2023.

Jadual peperiksaan ini untuk tahun 2023 boleh dillihat menerusi jadual di bawah:

Semakan Keputusan PSRA

Untuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://result.jais.gov.my (semakan bermula jam 12.00 tengah hari 14 Disember 2023)
  2. Masukkan butiran Kad Pengenalan pelajar.
  3. Klik ‘Semak.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: