Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz, permohonan kemasukan akan dibuka mulai 16 Jun 2022 secara atas talian.
Tingkatan 6 Aliran Tahfiz merupakan pengajian selama 3 semester yang menggabungkan hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.
Aliran ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai hafazan yang baik dan cemerlang dalam pembelajaran.
Senarai Sekolah
Senari sekolah yang menawarkan aliran ini bagi Tingkatan 6 adalah seperti berikut:
- SMK Agama Putrajaya
- SMK Agama Kedah
- SMK Agama Kerian
- SMK Agama Maahad Muar
- SMK Agama Tok Bachok
- SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
- SMK Agama Kota Kinabalu
Syarat Permohonan
Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
- Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-‘Ulum al Islamiah/Turath al-Quran dan al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.
- Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab.
- Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.
- Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi link berikut https://bit.ly/MohonT6Tahfiz2022.
Link permohonan tersebut akan aktif bermula pada 12.01 pagi 16 Jun 2022.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/.