Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 SMA Terengganu 2023

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah membuka permohonan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu bagi tahun 2023.

SMA Terengganu merupakan sekolah yang merangkumi semua Jenis Sekolah Menengah Agama di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.

Untuk kemasukan ke Tingkatan 6, tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang mengambil aliran agama dan berminat untuk SMA di negeri tersebut.

Kemasukan ke sekolah ini adalah bagi pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera secara atas talian 27 Jun 2023 (jam 12.00 tengah hari) hingga 13 Julai 2023 (jam 4.00 petang).

Peperiksaan & Sekolah Ditawarkan

Permohonan ini adalah untuk peperiksaan dan sekolah berikut:

  • STPM Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  • STPM Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
  • STAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ini adalah:

  1. Berumur tidak kurang 17 Tahun dan tidak lebih 20 tahun.
  2. Warganegara Malaysia dan rakyat Terengganu.
  3. Pelajar-Pelajar Yang Layak Memohon Dari:
    – Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT)
    – Madrasah Moden Terengganu (MMT)
    – Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    – Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
    – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
    – Sekolah Menengah Agama Swasta
  4. Memenuhi syarat khas kemasukan.

Cara Memohon Tingkatan 6 SMA Terengganu

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar/Semak.’
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih tersebut.

Pemohon yang berjaya juga perlu mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian.

Sekiranyanya pemohon gagal dalam permohonan tersebut, pemohon boleh membuat rayuan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SMA Terengganu 2023, sila layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: