Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz N. Sembilan 2023

Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka permohonan Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz Negeri Sembilan bagi tahun 2023.

Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan 50 pelajar aliran agama didalam Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz untuk kumpulan yang ketiga yang akan bermula pada Mac 2023

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan setakat ini seramai 70 orang pemohon telah mengemukakan permohonan.

Pemohon- pemohon ini akan dinilai dalam sesi temuduga pada 25 Februari 2023 ini manakala pelajar aliran sains akan bermula kemasukan kumpulan kedua pada awal tahun 2024 iaitu setiap dua tahun sekali setelah membuat pengambilan kumpulan pertama pada awal tahun 2022.

Oleh itu, para pelajar lepasan Tahfiz/Pondok yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk aliran agama adalah dipelawa mengemukakan permohonon sekarang untuk kumpulan ketiga yang akan bermula dalam bulan Mac 2023 ini.

Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 20 Februari 2023.

Syarat Pemilihan

Syarat pemilihan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 tahun (pada tahun 2023) sehingga 21 tahun.
  3. Calon atau ibu atau bapa adalah anak Negeri Sembilan atau telah bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun akan diberi keutamaan
  4. Bersekolah di Negeri Sembilan.
  5. Belum berkahwin dan bersedia untuk tidak berkahwin sehingga tamat pengajian.
  6. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.
  7. Lulus temu duga yang dijalankan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan https://bit.ly/FTSPM_2023.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Selain itu, pelajar-pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh juga hadir temuduga kemasukan secara “Walk In” pada:

  • Tarikh: 25/2/2023
  • Masa: 8.00 pagi
  • Lokasi: Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz Negeri Sembilan 2023, sila hubungi:

  • Muallimah Ashirah (MTAS): 019-362 2777
  • Hj Azhar (PINTA): 012-220 1967
  • Cg Lelawati (JHEINS): 019-390 5464
  • Us Faisol (JPNNS): 012-624 3956
  • Pn Nadiah (UPEN): 010-220 1687
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: