MUET Express: Pendaftaran Peperiksaan MUET 2024
Calon yang berhasrat untuk mendaftar peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi 2024, mereka boleh membuat pendaftaran menerusi MUET Express.
Berikut merupakan maklumat mengenai MUET dan cara untuk membuat pendaftaran.
Mengenai MUET
MUET merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan mulai tahun 1999.
Calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan dengan baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Peperiksaan ini akan diambil oleh calon yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 bagi membolehkan mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT.
Tarikh Pendaftaran MUET Express
Bagi mereka yang ingin mendaftar peperiksaan ini, tarikh pendaftaran dibuka adalah pada 26 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024
Tarikh Ujian
Tarikh ujian seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Ujian Bertulis: 27 April 2024
- Ujian Lisan: 29, 30 April dan 6, 7, 8, 9 Mei 2024.
Komponen Peperiksaan MUET
Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening |
800/2 | Speaking |
800/3 | Reading |
800/4 | Writing |
Perlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.
Band Pemarkahan Peperiksaan MUET
Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:
Jumlah Markah | Band |
331 – 360 | 5+ |
294 – 330 | 5.0 |
258 –293 | 4.5 |
211 –257 | 4.0 |
164 – 210 | 3.5 |
123 – 163 | 3.0 |
82 – 122 | 2.5 |
36 – 81 | 2.0 |
1 – 35 | 1.0 |
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia: RM100
- Bukan Warganegara: RM350
Cara Mendaftar
Pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web pendaftran MUET iaitu www.mpm.edu.my
- Klik ‘Portal MPM.’
- Klik bahagian ‘Calon Peperiksaan.’
- Klik ‘MUET Express.’
- Klik ‘Pendaftaran Mex.’
- Masukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
Calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan menerusi MUET Express, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu https://muet.mpm.edu.my/.